Followers

Tuesday, December 20, 2011

19 disember : ulang tahun aku dan blog TripleA

Assalamualaikum semua.. oh semalam 19hb Disember 2011 merupakan hari ulang tahun aku..

semoga dengan pertambahan usia ini, menjadikan diriku semakin matang untuk menempuhi hari-hari yang mendatang..usia bertambah bermakna, kita semakin menghampiri kepada kematian..bersediakah aku? (dibaca : bersediakah kita?)

thanks a lot kepada yang wish kat aku semalam ye.. tak kira lah yang wish via facebook, twitter, text messages, or even blog.. i really appreciates that.




oh oh sebelum gua lupa, dah genap setahun gua berblog..huhu! macam tak percaya pulak..hehe! so semalam besday blog ini juga.. huehue!


last but not least, happy birthday to both 'retis' berikut (dibaca: artis)..hehe! i mean both are bloggers ; Hatta Dolmat & Amal Espraza

kitorang bertiga dah saling wish kat dalam twitter..hehe..malas nak print screen, sorry yup..hoho!


TripleA: try tengok entry blog ni , nak percaya or tak?terpulang..hehe!

Wednesday, December 7, 2011

wordless wednesday: sayur-sayuran terbaik untuk tubuh badan




























tripleA : masa zaman kecil dulu, tak suka makan sayur..  (-"-)

Wednesday, November 30, 2011

penerang hati - 6ixth sense feat saujana

dah lama tak dengar lagu-lagu ketuhanan kan..actually baru tahu lagu ni beberapa hari yang lepas..hahaha! lagu-lagu 6ixth sense memang tak pernah menghampakan aku..hehe


jom dengar dan hayati lagu dan lirik nya..








actually suka video klip die, part diorang ambil wudhuk kat dalam pantai tu..syabas produksi yang terlibat! Rumpun Records Sdn Bhd.


triple A : Engkau penjaga hatiku, pendamping jiwaku, cerahkan cintaku, cinta yang abadi...

Sunday, November 27, 2011

Contest Hadiah Best by Jalal

Assalamualaikum? berjumpa lagi kita dalam segmen mengampu hadiah..kekeke gurau je..okay  kalau siape perasan, aku dah lama tak join contest kan? kali ni nak cuba nasib dalam contest dibuat oleh jejaka bernama Jalal ni.


klik pada gambar jika ingin ke blog Jalal




Jalal ni macam bermurah hati je nak bagi hadiah kan?wow..tengok kat list update hadiah orang mintak kat die, macam-macam ada..haha..ada yang minta samsung galaxy (wow!), ada yang minta shawl, macaroon, couple t-shirt..dumbell pun ada..hehehe! by the way, congrats to him sebab contest mendapat sambutan..itu yg lebih penting..kan?


ok straight to the point, ape yang aku nak? ni bukan ape yang aku minta, tapi nak cakap yang aku sangat mengimpikan nak memiliki jersi ketiga chelsea yang kaler putih tu! (harap-harap jalal pun minat chelsea) kehkeh! *tak kisah pun ori ke tak, gua tak kisah*





smart kan baju nih?hehe!! kenapa nak jersi ini?sebab smart,stylo dan fit..in fact, aku memang die hard fan chelsea..so Jalal, ape lagi?realisasikan impian aku sempena Maal Hijrah 1433 ini! :D






kalo nak mintak moto ni, cm over plak..hehe! bayangkan aku pakai jersi tuh
tripleA: Salam Maal Hijrah..semoga menjadi lebih baik dari yang sebelumnya :)

Wednesday, November 16, 2011

wordless wednesday : the twilight saga - breaking dawn part 1







tripleA : looking forward for it..hehe..siapa nak join? :D

Sunday, November 13, 2011

mencari kelainan dalam Sukan SEA : LOL version

Peminat-peminat sukan semestinya menunggu kejohanan-kejohanan sukan yg terbesar dan terunggul seperti Sukan Olimpik, Sukan Komanwel, Sukan Asia, mahupun Sukan Sea..
dan sekarang, Sukan SEA adalah satu-satunya sukan yang berlangsung di Asia Tenggara buat masa ini.








penonton sudah pasti ingin melihat sesuatu kelainan di dalam sukan-sukan antarabangsa..mengapa tidak mencuba kaedah-kaedah berikut? hehe!


1- permainan bola sepak dimainkan dengan setiap orang membawa sebiji bola di atas padang...wah, ini SERIUS menarik bukan? LOL


2- acara renang diletakkan ikan jerung di dalam kolam..oh, konpem acara tersebut SERIUS lebih meriah...kekeke!


3- acara tinju pula dimainkan oleh robot-robot sepeti dalam movie Real Steel, ohh baru lah awesome!


4- permainan badminton & ping pong tidak lagi dikira berdasarkan kiraan mata, tapi berdasarkan masa..tetapkan masa dalam 30 minit..sesiapa yang leading, dia lah pemenang nya..hehe


5- acara menembak dan memanah ditukarkan sasaran atau aim nya kepada sebiji epal di atas kepala seorang sukarelawan..heh!




any idea yg kelakar?boleh sumbang saran..hehe!


tripleA: tahniah kepada pasukan bola sepak Malaysia (Harimau Muda) dengan prestasi memberangsangkan setakat ini..doa kan mereka dapat mempertahankan kejuaraan..all the best!

kenapa lelaki cepat bosan / tak komited selepas mendapat seorang perempuan?

entry ini adalah kesinambungan daripada entry ini yang mana masa last ayat dalam entry tuh, aku ada cakap nak buat entry berlainan kan?so inilah ia..

ramai rata-rata perempuan mengeluh mengapa lelaki apabila dah memiliki hati seseorang perempuan, komitmen lelaki itu terhadap perempuan semakin menurun..tidak seperti mula-mula bercinta..kan?ketika awalnya, si lelaki sanggup berkorban apa sahaja bagi memenangi hati wanita..di pertengahan nya, tidak seperti permulaannya.




hanya sekadar pendapat...

lelaki, lumrah bagi mereka suka kan wanita..mereka mempunya 'taste' mereka yang tersendiri..jika dia ada meminati seseorang wanita itu, dia akan 'aim' wanita itu sampai dapat..
jangan lah kalian risau..


setelah memenangi hati wanita itu, boleh jadi si lelaki merasakan ianya suatu kejayaan terbesar baginya..gembira bukan kepalang..dan lumrah manusia, apabila mendapat sesuatu, ianya tidak bersyukur..sebab itu lah ramai yg putus di tengah jalan..ya, sebab lelaki itu tidak pandai menghargai.. dan yang masih kekal, beruntunglah ia..




boleh jadi juga seseorang lelaki itu berubah kerana sikap seseorang perempuan itu sendiri..kalau hari-hari emosional, merajuk, marah-marah..laki cepat bosan jugak..lagi satu, kalau yg jenis 'pisau cukur' pun kadang-kadang laki tak suka.

tapi apa-apa pun..yg penting, bila dah 'in relationship' tu niatkan lah untuk berkahwin..itu yg lebih penting..pergi jumpa ibu bapa masing-masing..


triple A : thank you for making me laugh when i'd almost forgotten how to.


Tuesday, November 1, 2011

memori mencemaskan semasa zaman kecil.

Assalamualaikum..ya saya tahu, saya dh kembali..dah kembali update blog..nak bagitahu yg tu tadi kan? keh keh keh! okay, di sini dengan suka dan duka cita nya, saya nak menceritakan dan mengimbau memori pada zaman kecil dahulu.. harap terhibur ye.kihkih!


memori pertama.
adik pucat dan kebiruan selepas makan pisang.




gelak ye kau, pisang!




- tatkala selepas aku dan keluarga aku pulang dari majlis perkahwinan, aku terus bersama jiran-jiran sebaya dekat perumahan aku bermain bola..ye la, kecik-kecik dah asah bakat main bola, ingatkan bila besar boleh la jadi famous cam apek..kihkih..


 *ok sambung cerita*


tiba-tiba dah nak maghrib, ayah aku suruh pulang dengan cemas nya..aku pun balik lah..
tengok-tengok mak aku duk dukung adik aku yg umur 2-3 tahun tu, pucat kelesuan..then, parent hantar pergi hospital..aku tak ikut, stay rumah je..
selepas pulang, mum bagitahu sebab makan pisang tadi kot..then lepas tu tak minum air..huhu..logik?logik mungkin bagi budak seumur itu.




memori kedua
adik kebiruan selepas tertelan duit syiling


ini terjadi semasa hari raya..ye lah budak-budak mana yang tak excited dapat duit raya kan?dah dapat diorang akan buat main la duit tu, tak baling, die jilat..kan? zaman sebelum tahun 2000, duit raya nya ramai yang bagi duit syiling..


nak dijadikan cerita, adik aku ni pegang duit syiling rm1 kat tangan die..masa tuh, mak aku la yg riba kan dia..ayah aku drive..aku duk belakang..buat ape entah hahah! then, adik aku tu boleh pula kan masuk kan duit dalam mulut die, so kelam kabut la mak aku tengok adik aku kebiruan kan..


nasib baik la my mum ni nurse yang berjaya..hikhik! dengan segala kepakaran, mak aku tonggeng kan adik aku, tepuk belakang die..maka, terkeluah lah duit tersebut..huu!




die telan 1 je, bukan 2..hehehe..memang kena la tahun 1995 dgn die  -.-'






memori ketiga
buah saga masuk dalam hidung adik.. (adik jugak?lol)
















in short, buah saga ni aku yg bawak balik rumah..entah mana lah aku kutip buah saga tu, aku pun lupa..huhu! then apa lagi, adik aku pun main la..sampai masuk dalam hidung dia.. melihat keadaan itu, my sis and parent pun cemas la..try korek, tapi of course lah biji saga tu makin dalam..bawa pergi hospital, doctor cakap susah nak bawa keluar, but kalau biarkan, akan ada effect kt paru-paru atau hati entah..huu.


then, nak dijadikan cerita..berkat doa seorang ibu kot..selepas adik aku bangun tidur keesokan hari nya, buah saga tu dah tergolek tepi tilam dia..hehe..mungkin masa die bernafas semasa tidur, buah saga tu terkeluar..




okay tu jela cerita panjang lebar aku..haha...sori, ni adik aku yang mengalami nya, bukan aku..hee! 




tripleA: sorry, adik aku tu perempuan..sekarang tingkatan 4..lol





Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday: lelaki juga punya kelebihan..respect them!




























dah baca?
baguslah..so hargai lah lelaki ye ^^




tripleAwhile u're busy looking for the perfect person.,u'll probably miss the imperfect person who could make u perfectly happy :D

Wednesday, October 19, 2011

wordlesss wednesday = fenomena zaman iP : LOL version.












son-iPhone, daughter-iPod, mum-iPad, dad- iPaid =.='


tripleA- iP man..keh keh keh!

Saturday, October 8, 2011

lelaki suka merokok selepas makan..any komen?

Assalamualaikum..pernah makan dan lepak-lepak kat kedai makan?if korang perasan, most of men akan merokok selepas makan..do you know why? and girls, what is your comment?
actually, aku ada tanya dalam twitter beberapa hari yang lepas..








so the feedback?here they are..let's check it out.




































so komen aku apa pulak?HAHA! for me lah, lelaki hisap rokok lepas makan sebab diorang 

akan rasa macam pelengkap kepada makan tadi..ada paham?macam kau makan, lepas tu minum air..rasa lega la sikit..   *aku main tibai je, aku bukan hisap rokok pun*




so moral kat sini ape? janganlah hisap rokok, kadang-kadang bukan semua boleh hidu asap rokok kt kedai makan tuu..lagi pun, dengar kata harga rokok pun dah naik..kan?hehe!
erk, sapa smoker yang baca nih, sorry banyak-banyak..hehe! just ambil yang keruh, buang yang jernih..chill^^




tripleA: aku tak boleh blah kalau perempuan merokok.

Wednesday, September 28, 2011

tips keselamatan di bilik persalinan

Assalamualaikum kepada readers blog triple A..SHOPPPING merupakan suatu aktiviti yang disukai kan? terutamanya kepada golongan-golongan perempuan..membeli pakaian amatlah disukai perempuan dek kerana di shopping mall banyak terdapat baju yg cantik dan gorgeous yg boleh didapati dengan harga yg berpatutan..okay tak nak cakap byk psl harga baju laki dan perempuan..nak tahu boleh ke entry gua yg ini

tapi awas! tidak semua bilik persalinan (trial room) adalah selamat, terutamanya untuk bilik persalinan wanita..boleh jadi ianya tak selamat ; dilengkapi CCTV di suatu sudut yg sukar dilihat?walau apa pun, tak salah if kita ambil precaution, bukan?


bagaimana nak detect 'hidden camera'?

---> di depan bilik persalinan, keluarkan ur handphone..pastikan handphone boleh membuat panggilan.

---> apabila dah masuk dalam bilik persalinan, try buat satu panggilan.
* if tak dapat buat panggilan, there's a hidden camera! - due to the interference of fiber optic cable during the signal transfer.


source from google


bagaimana nak detect two-ways mirror?

---> 1st, angkat jari telunjuk korang..

---> try sentuh cermin yg ada kat situ..kalau kuku jari anda tidak menyentuh IMEJ kuku jari dalam cermin (if there is a gap between ur fingernail and ur image of the nail), that means, that mirror is GENUINE (not two-way mirror)

--->kalau 'directly touches' on the mirror, then BEWARE! it's a big probability, it's a two-way mirror!

pic from google.
so macam mane? ada berani nk shopping lagi pasni? keh keh! tak salah amik ini sebagai 'precaution' kan? selamat mencuba.


diambil dan diolah dari sini


tripleA : dah lama tak shopping..kekeke!



Sunday, September 18, 2011

PREVIEW EPL MATCH: manchester united vs chelsea.















assalamualaikum, hye semua! sori, today nak ball-talk, boleh kan dinda?heh! minat bola takk?
harap semua minat ye, including girls sebab pompuan yg minat bola sangat cool..ye tak?hahaha!


jom kita tengok serba sedikit perlawanan 'super sunday' English Premier League (EPL) yang akan diadakan ahad malam (18hb sept 2011) di old trafford.


Manchester united


- sekarang ni rekod tanpa kalah dan tanpa seri dipegang oleh team Man utd..termasuk kemenangan besar terhadap arsenal 8-2 dan bolton 5-0.


- persembahan mereka lebih konsisten bagi setiap perlawanan..yela, menang je asyik-asyik..skor pulak banyak.


- key player : wayne rooney..of course, he is a great player though..boleh dikatakan, if chelsea lawan man u, ade je mamat ni skor..kene pulak, dh dua match die hatrik.


- susah nak mencari kelemahan team ini, sebab they are like a perfect team..all attributes are belong to them..like to play in higher tempo, ade individual skills, team spirit, talented goalkeeper and high mental attribute such as determination and concentration,& tough and discipline defends.


tua dan berpengalaman.










Chelsea


- juga memegang rekod perlawanan tanpa kalah di bawah kendalian pengurus baru yg masih muda, Andre Villas Boas..cuma yg beza, ade 1 seri semasa 1st match EPL lawan stoke city


- sekarang berada di 3rd position in EPL league, 2 points behind Man utd.


- persembahan setakat ini sekadar ala kadar dan cukup-cukup makan..but manage to win all the matches.


- key player- david luiz..sekembali nya dia dari injury, terus skor dalam Champion League hari tu..hik hik! in fact, last season die skor gol kemenangan untuk chelsea semasa lawan Man U :') *another player perhaps juan mata*


- kekuatan chelsea berada pada possession ball, work rate, teamworks, solid defends..but perlu kukuhkan pada serangan dan midfield..kurang kreatif, tapi nasib lah dah ada juan Mata..




young and talented, very tactical manager.


ehem! tahu kan yg aku ni penyokong chelsea yg tegar?haha! so prediction aku tak boleh nk bagilah..setakat harapan tu ade lah..hope chelsea can beat manchester united awesomely at old trafford! 


yeahh, Keep the Blues Flag Flying High! #ktbffh


triple A : hope torres performs lagi baik!

Wednesday, September 14, 2011

perkataan 'bitch' ialah seburuk-buruk perkataan bagi perempuan..guys, don't easily called them bitch!

hye assalamualaikum?huaa dah lama tak update blog..hik hik! okay aku ade 1 isu yg best jugak lah if nak diperkatakan.. penggunaan perkataan 'bitch' kepada perempuan..

if ikut kamus universiti version 1.1 dalam laptop aku nih *cewwah*, maksud bitch ni banyak..
if bitch dalam frasa nama (noun), bitch bermaksud anjing or rubah betina..and then son of a bitch.. (anak haram/gampang)

pheww! if tengok kat maksud pun boleh tahu kan perkataan bitch tak elok ye dop?




and the most important things is --->jangan panggil perempuan itu bitch just because die kena reject..opss, ni fakta, bukan aku yang cakap..perempuan sendiri yg cakap..
ok, tu je kot..short & simple for this time being..lain kali, update lagi..hihi!


tripleA: erkk, bukan nak jadi hero malaya tau! hihi.. 

Monday, September 5, 2011

konklusi raya 2011

assalamualaikum! rasanya belum terlewat untuk mengucapkan selamat hari raya kepada korang..hehe! *ayat klise* maaf jika ada salah silap okay!


so camne raya? ramai yang mengadu kt twitter raya tahun ni best..ada yang tak best..so? it depends kt korang la kot how you celebrate that raya kan?


konklusi raya? *walaupon syawal tak habis lagi kan*


1- berbeza sikit, sebab tahun nih merdeka raya kan? boleh capture gambar dengan bendera Malaysia..tak gitu? keh keh!




2- berat makin naik, tuu tak tengok paras kolesterol dengan paras gula dlm badan lagi..huhu!




3- masa pengumuman raya tuu, terkejut tengok mohor besar raja-raja yg umum raya selalu tu orang lain..terus down nk raya..kahkah! *mana pergi pakcik tu?*




4- pheww, duit raya masih dapat..hehe! * kutipan masa 1st raya je banyak*




5- yang sadis nye, 1st raya ade siblings tak dapat pakai ikut warna tema..sebab tailor tak dapat siapkan baju raya die..walhal before puasa lagi dh hantar..ggrr! *baling keris*




6- ada sepupu tunang..hik hik




ni gambar dengan adik aku kat rumah sepupu yg nk tunang tu..hihi




okay ah, tu je nak update..kekeke! yela, aku tak nak blog aku ni berhabuk..lama dh tak update..ok choww! salam


triple A : gambar raya? errr malas lah nak upload :p *bajet ada org nak tengok*

Wednesday, August 24, 2011

#WordlessWednesday: bermain fishville? anda kreatif!

which tank do you like the most?




























triple A : hehe ni mase dulu-dulu main, sekarang tak main dh..among the neighbours, rank aku no 1..hikhik :p

Thursday, August 18, 2011

girls, jom ketahui jenis-jenis games yang disukai lelaki sehingga mereka terlupa untuk bermesej dengan anda

assalamualaikum? hye peeps..lelaki dan games? memang tak boleh dipisahkan kan?am i right?hikhik! sampai kan most of the girls keep complaining kenapa lah lelaki ni suka sangat main games..ape lah yg best sangat main games tu ye tak??

actually, main games ni boleh menjana minda tahu?kakaka! but it depends on that games la..selain tuh, bila main games mmg rasa fun la..main pun sampai tak ingat dunia lah kan.. that why miskol 9 kali pon, budak lelaki tak heran..keh keh!

ok nak tahu games yg top-top lelaki suka main? let's check it out~


1- pro evolution soccer (PES)

----> hoho yang nih most of the guys suka main.sriyes, gua tak tipu..ni adalah game bola..cari partner untuk lawan ( opposition ) then pick a team then lawan..kalau ade member, then ade joystick, memang main 5 jam pun tak pe..kah kah! perasaan kemuncak bila team score goal la kan? and lagi best team diorang menang..hehe!
* game ni aku main* LOL





2- dota


----> yang ni pun top games bg lelaki. games ni aku tak main, so tak leh nak cakap banyak kt sini..but, based on my observation, game ni macam kena rangka strategi untuk lawan musuh..and kene ada wifi untuk main..betul kan jejaka?hoho!



3- counter strikes (cs)

----> yang ni lagi satu game yang kene ada wifi and set up kan server. game ni boleh main team la..1 team dalam 3-5 orang.both team try to shoot each other..ala, macam perang la pendek kata..bawak pistol, bawak bom dan lain-lain..syok, sampai 10 game main pun tarak hal kan? keh keh









4- football manager

---> ngee ni merupakan game kesukaan aku..kah kah! game ni lain dan berbeza dengan game no 1 tadi..sebab yang ni kita hanya jadi manager kepada team bola sepak kita..syok, sebab kita boleh beli player yg kita nak dengan duit yg diberi board team kita..plus, game ni menggunakan taktikal masa nk lawan dgn team lain..hehe!





abis..ke ada lagi?heheh! tak pelah cukup la 4 games je ek..hehe! so girls, fahami lelaki..hee


triple A : sape nak bagi aku kad raya?boleh mintak dengan aku okey..wakaka!
ok chow betei..selamat berpuasa!

Monday, August 15, 2011

dua benda baru yang diketahui dalam ramadhan 1432H ini.

salam ramadhan! sekarang kita dah masuk ke dalam fasa ke-2 ramadhan, yakni 10 ramadhan yang pertengahan..dalam fasa ini, Allah menjanji kan keampunan kepada hamba-hamba nya. so rajin-rajin kan diri untuk bersujud dan memohon keampunan dari Allah ye.plus, if ade kawan-kawan mintak maaf, kalau boleh maafkan lah kan?




ok lah.nak sambung dengan tajuk entry ini, yang mana terdapat 2 benda baru yang baru aku tahu..terpikir kejap, kenapa di kala umur 20-an ni baru berpeluang tahu..
*cewwah tak nak bagi tahu umur tuu kehkeh!*

so ape benda itu?jom kita tengok..

1- sebelum ini apa yang kita belajar, perkara yg membatalkan puasa ialah korek hidung, korek telinga..kan? then ramadhan ini aku ade dengar ustaz cakap all those action tak membatalkan puasa pun..alasan nya, istilah memasukkan sesuatu itu bermaksud memasukkan 'tenaga' ke dlm rongga..contoh cam masukkan nasi.we knew nasi ade karbohidrat yg boleh bekalkan tenaga rite? rujuk entry kawan aku nih
wamozuwaha

triple A---> so bagi aku, terpulang pada korang lah..dah tau pasal ni, jangan lah korek hidung tengah public kan?and bg aku, aku pilih untuk teruskan puasa seperti biasa..maksud aku, tak korek hidung, telinga dan sebagainya sehingga lah lepas maghrib. yelah, puasa kan menahan diri dari macam-macam..so tak salah kau tahan diri kau tuu dari korek-korek rongga tuu..hik hik!


pic taken from molmolla's tumblr




2- sebenarnya, certain ulama masih memperdebatkan isu syaitan diikat dalam bulan ramadhan. some of them berpendapat syaitan tidak diikat, dan ada jugak berpendapat syaitan diikat. so alasan kenapa ade ulama berpendapat demikian ialah kenapa masih ade orang membuat maksiat dan kemungkaran dlm bulan puasa?they also said that istilah diikat tu jika kita selalu membuat ibadah dlm bulan puasa, so syaitan tak kan berani ganggu.


triple A- patut la ade orang mengadu kawan die kene rasuk dan ternampak benda bukan-bukan bulan puasa nih..huu! mungkin ade betul juga kot kan..solat korang ade tak yg tidak khusyuk time bulan puasa?hee :p



triple A : kat radio dh kedengaran lagu raya...awalnye..huu~

Thursday, August 11, 2011

harta pusaka dan nenek

Assalamualaikum? how's fasting? hope sume okay ye..yg bekerja pun, jangan stress-stress sangat.

kalau stress? ingat la Yang Maha Pencipta..hehe! tak pun, meh baca lawak ni, aku jumpe dalam paper panca indera ahad 7 ogos baru-baru ni.


setelah beberapa tahun di perantauan, akhirnya ery putra
pulang ke kampung untuk berjumpa dengan neneknya.
itu pun selepas kedua ibu bapa nya memberitahu keadaan kesihatan
neneknya yang tak berapa sihat.


ery putra juga berharap agar neneknya berbincang 
mengenai harta pusaka untuk dirinya.


nenek: ery, nenek sudah tidak kuat lagi. sebab itu, nenek minta kamu sambung
mengusahakan kebun nenek....

ery putra: nek, jangan cakap macam tu, nek... nenek kan masih kuat lagi *padahal dalam hati punya lah suka*

nenek: segala isi perkebunan, ternakan, villa dan traktor untuk kamu. tolong jaga 
baik-baik, jangan lupa disiram setiap hari tanaman nenek.

ery putra: baik nek, nenek jangan bimbang ok..tahulah ery nak buat macam mana..tapi di mana kebun nenek? ery tak pernah tahu pun??

nenek: di facebook nenek- FARMVILLE. nanti nenek bagi password.

ery putra: ??? pffttt!





Monday, August 8, 2011

Would you turn to someone who waits for you or you just keep on waiting for someone you love?

hye si gadis hensem dan jejaka cantik sekalian..heh! yg sebenarnya aku nih dah lama tak bukak akaun formspring..kadang-kadang buka, tengok soalan banyak, terus tutup..hehe

so ni ade 1 soalan yg agak menarik yg ditanya kat aku..soalan ni dh ditanya kt aku 4 bulan yg lepas sebenarnya..hik hik! tapi tak pe lah, boleh buat modal update blog.soalan nya seperti di tajuk entry.tu lah soalan die, sebijik sebab aku copy paste je..

so macam mana nak jawab? aku akan bg jawapan dari persepsi dan pemikiran aku lah.korang berhak untuk setuju atau tidak setuju sebab sume ada pendapat masing-masing bukan?

nk tanya siapa sekarang single?*saya! ehhh?larikkk* adakah anda single kerana masih belum jumpa mr./mrs  Right?atau pun masih belum bersedia untuk menjalinkan hubungan dengan mana-mana insan?
or...anda masih menunggu orang yg anda sayang/suke sedangkan die tak 'bagi respon' kt korang?



bagi aku lah kan..jangan buang masa anda menunggu sesuatu yg tidak pasti, melainkan orang yg korang suka tu ada bg hints something like 'come and get me'.
paham?yelah kalau bg situasi lelaki nk dpt awek, lain sikit..sebab pompuan ni unpredictable kadang-kadang..die just bg hints je, ye kan wahai reader(s) perempuan?hiksss!

if on that time ade orang lain yg menyukai anda, apa kata anda bg peluang kt die untuk mengenali anda? jangan paksa, slow-slow pon jadi lah kan?mane tahu die lebih baik dari orang yg anda suka tuh?hehe!

lepas dh dapat, pandai-pandai jage hati masing-masing.. tapi ramai perempuan mengeluh lelaki bila dh dapat, tak take care pasangan mcm mula-mula dulu..oh kalau pasal itu, kene buat entry lain lah.hihihi!

triple A:  trending kt twitter sekarang  #MessageToMyEx .. :D

Thursday, August 4, 2011

kisah triple A, ayeem jemain dan imran ajmain di twitter.

Assalamualaikum! macam mane puasa? alhamdulillah, harap semua baik-baik aje.
siapa ade twitter? kalau ade boleh tekan gambar burung kt header tuh, follow gua okeh?hek hek! tak pun klik je sini 


okay cakap pasal twitter nih, 2 hari lepas ada berlaku peristiwa unsangkawable tak tercapai dek akal aku..kah kah! malam 2 ramadhan, bukak la twitter.ye la, dah nama tahi twitter kan, selalu la bukak twitter. tengok kt followers, si ayeem jemain (ayeem ayam) ni follow aku.

so dengan ramah mesra nya, aku tegur la die..tweet kt die.




then ape yg berlaku?korang tahu? belum sempat si ayeemjemain tu reply.....




erk?akceli aku terkejut nak mampus,kahkah..tetiba si bro Imran Ajmain ni datang..datang kut celah mane pon tak tahu..haha! tapi memang die follow betol la..hehe..nak kata excited tak lah..sebab aku tak minat mane pon die.. *gila mampus kalau die baca nih wakaka!*


so part mane aku excited?..meh aku tunjuk.. *ayeem,ko kene tengok nih, jangan jeles*





hikhik..juliana evans reply my tweet..ok babai! :p


triple A : haipp, tak nak cakap ' eleh tu pun nak bangga' taw..keh keh!






Tuesday, August 2, 2011

jelesnya orang banyak harta : dapat infak kt jalan yang benar

assalamualaikum! salam ramdhan mubarak! dah hari ke-2 puasa..so far so good?hehe!
hope puasa kita dan amalan kita diberkati dan diterima Allah hendaknya okeh??

siapa kt sini kaya-raya?means memiliki aset yang berjuta-juta..hoho! aku isytiharkan aku jeles kepada korang.kahkah!
bukan ape, kat masjid di tempat aku tuh..aku terpandang something like info pasal masjid tu la..nama masjid diberi Masjid Makmur Losong Dato' Amar. kos pembinaan masjid ialah rm1 juta..pheww~

oh ya, bukan niat nak bangga dengan 'nilai' masjid tuh..kalau nk bangga, baik aku cakap pasal masjid kristal, pun dekat dengan rumah aku..ye dok?hehe..yang aku nak 'emphasize' kat sini ialah 60% daripada kos pembinaan masjid dtg dari sumbangan seorang makcik yg bergelar hajjah..that so wow la kan? means rm 600k adalah dari die..selebihnya dari tabung masjid..

bukan itu saja, tanah tempat masjid itu dibina pun die yang wakafkan..oh my gucci! kehkeh! besarnya pahala mak cik tu dapat..so get my message right?

tak pe, bulan puasa nih banyakkan sedekah dengan ikhlas! babai!

triple A: kau ingat senang ke nak jaga pandangan time bulan puasa?g bazar ramadhan pon banyak dugaan..haha! ok bye

Sunday, July 31, 2011

alangkah rugi nya bulan Ramadhan jika...

salam..hye peeps..disaat aku menulis entry ini..tinggal beberapa jam lagi kita akan memasuki satu bulan yang penuh rahmat, dan penuh keampunan yakni ramadhan..
so eksaited tak nak sambut ramadhan nih?hoho. hadis nabi sesiapa yang bergembira kedatangan ramadhan, Allah akan haramkan tubuhnya dari api neraka.

erm, gembira yg dimaksudkan bukan yg dibuat-buat..ianya datang dari iman..
tapi...gembira nak pergi bazar ramdhan, nak beli kuih tat, murtabak, apam balik dan sebagainya tu tak dikira okehh?haha!

ok jangan cakap aku dah macam ustaz, sebab tugas pesan memesan tu tugas semua orang, bukan kt ustaz dan ustazah sahaja ok?
asal bulan ramadhan sume berlumba-lumba membuat kebaikan kan? bagus! tapi rugi la kalau....

1- berpuasa, tapi hanya sekadar menahan lapar dan dahaga.

2- berpuasa, tapi tak bersahur.. *harap semua sahur, ikut sunnah*

3- bila dah sahur, tidur then tertinggal  solat subuh.. ok itu sia-sia.

4- banyak cakap kosong..

5- berpuasa tapi tak solat..

6- tidak memperbanyakkan amal ibadat.

fuhh kalau nak senarai memang banyak lagi kan? so korang pikir-pikir kan ye mana yg baik dan buruk..buang yang jernih, ambil yang lagi jernih..hehe!

ni untuk peringatan aku juga! ok chow, selamat puasa!

triple A™: sori entry tak de gambar..HAHA!

Wednesday, July 27, 2011

wordless wednesday: anak kucing fotogenik












triple A : hehe! cute tak? :p looks fotogenik?hee

Monday, July 25, 2011

di saat akad nikah: teruja + gementar?

assalamualaikum! hello everyone! tak de apa pun sebenarnya.
just nk kongsi perasaan dan pendapat.. dari dulu lagi duk fikir apa la perasaan bila nak akad nikah ye?duk salam dengan tok kadi, sambil melafazkan lafaz akad nikah.hoho!

siapa yang dapat melafazkan ia dengan satu lafaz,untunglahh kan?hik hik! entah kenapa, aku rasa saiko (psiko) jugak bende nih kan?huhu!


gua pinjam gambar lu ok tomok?huhu!


sapa dah kahwin?ade tips nak bagi?hee *eh macam lah nak kahwin esok*

triple A : dah ramai member kahwin..saje nak cakap..ok bye! :p

Thursday, July 21, 2011

jangan buka pekung orang lain: biar pecah di perut, jangan pecah di mulut

assalamualaikum! hello semua! entry ini nak bagi nasihat sikit la lebih kurang..hehe!

andaikan anda mengetahui satu rahsia kawan anda, yang mane kawan-kawan anda yang lain tidak mengetahui hal tersebut, maka wajib bagi anda untuk tidak menyebarkan nya..

ada faham?means if kawan anda yg anda kenali ada buat kesalahan, yang mana bila orang lain perkatakan kesalahan itu, boleh mencalarkan maruah dan membuka aib orang itu. maka, jangan la duk jaja aib orang tu ye? tak baik..
sedangkan Allah sendiri menyuruh kita merahsiakan dosa kita. inikan pula orang lain.

hehe ini nasihat untuk aku jugak..jangan pulak cakap aku perasan nk nasihat orang je..wokay?

renung-renungkan,..
dan selamat beramal~ 
keh keh keh!

triple A : dah tak lama dh nak puase..fuh fuh fuhh!